Cute Polka Dotted Magenta Bow Tie Ribbon



June 18, 2012

SUKBA time ! :D

 Assalamualaikum :)
dah sebulan tak jenguk blog nih, hee :D biasalah sekarang dah busy sikit, dengan sekolah nya, dengan assignment yang bertimbun-timbun dan banyak lagi lah benda-benda yang berkaitan dengannya :)


ok, now nak story tentang title di atas. SUKBA ? apa tuu ? bagi sesiapa yang bersekolah di SMK Datuk  Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas tawu lah apa itu sukba :) SUKBA means singkatan daripada SUKAN BADAWI lah, hee :D pada hari sabtu 16/6/2012, so harini dapat cutiii ! sukba ni lain sikit dari sekolah lama aku sebabnya sukba tak buat di padang sekolah SMKDHAB sendiri tapi buat di Stadium Bertam. haa, lain kan ? tapi bagi aku sukan time sekolah lama aku lagi meriah! sukba ni biasa-biasa je :) tapi kan, tapi kan time hari tuu memang penat giler ah, seriously! even aku tak masuk dalam apa-apa acara time sukba tuu.



aku, Aminah, Fariqah, Matun and Ainey kami diminta tolong oleh cikgu Hamizan untuk mencatatkan nama para pemenang. ingatkan kami berlima kena buat benda tu je, senang kan ? tapi, cikgu nak 3 orang menjadi runner for bagi nama pemenang kepada pengacara yang berada nun jauh di sanaaa. huhh! disebabkan badan aku and Aminah agak kecil, so, diorang memilih kami berdua menjadi runner tuu. tapi lagi seorang tuu kami pilih Fariqah walaupon terpaksa, hehe :)yang lagi dua orang tuu just duduk and tulis nama pemenang je. ini sama sekali tidak adil kan, huu :/ tapi apakan daya kami relakan hati untuk buat :) nama pon tugas kan, so kami buat je lah. agak bernasib baik sebab cikgu Hamizan tu agak sporting dengan kami, dia cool je, tu yang best!


mula-mula pergi hantar nama pemenang dekat pengacara tuu ok lagi, tapi bila berulang kali asyik muka kami ja yang lalu kot situ, naik segan la pulak nak lalu. dah la kena lalu kot depan pengetua and the gang! aduhhh , malu kott. tapi kami buat do no jaa walaupon di dalam hati ni 'ya Allah malunya, asyik muka kami ja yang lalu kat sini' hehe :) aku rasa pengetua pon dah cam muka kami bertiga. haha, whatever lah. kami dah macam masuk acara walaupon sebenarnya kami tak masuk. asyik berulang -alik kesana kesini. penat oh penat!

hmm, lepas habis kami buat kerja tuu, kami naik duduk dekat kerusi-kerusi yang ada. then apa lagi ? time for bergambar lah, haha :D tak sah kalau tak bergambar kan, hee :D amek gambar sana-sini. antara gambar-gambar kami seperti di bawah :



selepas penat menjadi runner, time bergambar pulak!
bersama Aminah :D



my friends :)




time pergi beli ice-blended. *sempat lagi berposing, hee :D


act, ada lagi gambar tapi malas nak upload lah. hehe :) ok, lastly rumah sukan yang menang adalah rumah Dato Bahaman ! *lower 6 belum ada rumah sukan lagi. so, aku sokong yang mana menang, agak kejam kan , haha :D dah penat type lah, so sambung enrti sebulan akan datang, HAHA :D byee!




terima kasih kerana sudi membaca entri saya :) love you !

May 18, 2012

imma back ! :)

Assalamualaikum :)
seriously, lama nya tak buat entry dekat blog nih. rindu la pulak :) so, hari ni nak citer sikit pasal ' kehidupan baru ' aku :)

sekarang ni aku dah mula menjadi pelajar sekolah kembali.  pada 8 mei yang lepas aku dan kawan2 yang lain pegi mendaftarkan diri ke TINGKATAN 6 di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HAJI AHMAD BADAWI (SMKDHAB)..

mula2 pegi tu agak takut laa, biasalah tempat baru, so suasana pon baru kan ? :) ok , selapas hari pendaftaran tu , keesokan harinya kami diminta datang ke sekolah seperti biasa *tak best sebab kena bangun awal, hikhik :) yang bestnya , dapat jumpa dengan kawan2 lama balik. kawan time sekolah rendah dolu2, hehe :). perhimpunan kat sekolah tu start pukul 7.15 am, awal kan ? err --'
terima je lah. time perhimpunan tu, kami sesuka hati ja beratur, biasalah belom tentu kelas lagi :)

minggu pertama kami asyik dengar taklimat+ceramah jaa *so bored ! pastu, cikgu bagi borang untuk pemilihan kelas. dekat sekolah tu ada 2 jurusan iaitu SIANS & KEMANUSIAAN. ofcos la kami pilih kemanusiaan :). dalam jurusan kemanusiaan pula ada 4 kelas iaitu EKONOMI/GEOGRAFI(6BE1) , EKONOMI/SEJARAH(6BE2) , SYARIAH/SEJARAH(6BS1) and SYARIAH/SEJARAH(6BS2).pada mulanya aku and the geng nak pilih kelas syariah, tapi disebabkan ustazah yang bagi taklimat tentang subjek syariah ada kata, " kalau nak amek kelas syariah, mestilah pandai bahasa arab sama" hmm, lepas ustazah tu kata macam tu, terus terbatal niat kami nak pilih kelas syariah. hehe :)
so, takda pilihan, kami pilih kelas EKONOMI/SEJARAH iaitu 6BE2. memang agak memeningkan bila bab nak pilih2 nih, hmm. 
dalam kelas kami lah paling ramai pelajar, sampai 60 lebih kot ! ramai gila, cena la nak belajar kan ? :) err , takpa, pandai2 lah cikgu buat nanti , hihi


pastu, minggu kedua pulak masih lagi dok dengar taklimat+ceramah sampai hari rabu jaa. dah la dalam dewan tu panas, sabo jelah --'  hari khamis and jumaat bermulalah ORIENTASI TINGKATAN 6 BAWAH. *buli membuli oleh upper 6, haha :D hari khamis ada explorace, so kami semua berpakaian sukan. agak excited ! whooaa :) best sangat even kena buli oleh kakak2 and abang2 upper 6, huhu , dan   permainan ni sangat meletihkan tapi kami semua dapat experiance baru :) *rugilah sape yang tak mai hari tu , ramai jugak yang tak mai.. tak berani kott , haha :D macam2, kena buli sungguh ! ada jugak kak2 and abg2 upper 6 yang sporting ! tu yang best ! :D ok , hari jumaat pula ada pertandingan deklamasi sajak antara kelas, pertandingan ni cikgu2 yang handle tapi aku tak join pon , malu , hihi ^_^  lepas habis sajak, kami kembali bersama dengan kak2 and abg2 upper6.. setiap kumpulan mesti buat satu persembahan, tak kira lah nyanyi ke , buat iklan ke , sketsa ke .. so , group kami pilih untuk menyanyi. tajuk lagu ialah STANDING IN THE EYES OF THE WORLD. best gak lagu ni, bagi semangat ! tapi malang nya setiap persembahan buat kalot2 ja sebab masa tak cukup. hari jumaat kan , balik pukul 12.10.. memang tak sempat ah.. hmm , takpa2 .. yang penting enjoy ! :D

srarting next week kami dah mula masuk kuliah , dah mula belajar. cikgu kata jangan selalu  ponteng kuliah nanti ketinggalan dalam subjek. start tahun ni jugak sistem MODULAR diperkenalkan, sistem semaster gituu.. ada 3 sem and exam pon ada 3 kali jugak.. ok jugak sistem ni kan ? ehee
hmm, ok lah. dah penat taip nih, lain kali sambung lagi ! papai. assalamualaikum :)






salah satu gambar aku di smkdhab :) ada banyak lagii , tunguu next entry kay ! :)




terima kasih kerana sudi membaca entri saya :) love you !